Sejauh manakah anda memahami akan pentingnya peranan seorang Pereka Bentuk Dalaman atau Interior Designer dalam merealisasikan sebuah impian? Kenapa perlunya anda melantik seorang Pereka Bentuk Dalaman?
"Bolehkah saya menyiapkan projek ini dengan jayanya?"Jika timbul jawapan keraguan dalam diri anda, pertimbangkan untuk mendapatkan khidmat pereka bentuk dalaman.Ramai yang berpendapat mereka bole melakukan penataan hias ruang sendiri, namun berakhir dengan keputusan yang mengecewakan. Dengan bantuan seorang pereka bentuk dalaman anda mampu dapat menukar wajah ruang melebihi jangkaan anda.
Khidmat yang ditawarkan.
Bagi seorang pereka bentuk dalaman, menyediakan pelan dan ruang dengan kaedah yang paling efisen untuk menampilkan keindahan selari dengan fungsi ruang. Mengimbangi antara keperluan estatik merangkumi perancangan struktur bagi mencerminkan gaya hidup pelanggan, menetapkan mood yang diperlukan, melengakpkan ciri ciri arkitek selari dengan
interior scheme.Seorang pereka bentuk dalaman juga perlu mempunyai pertalian yang baik dengan kontraktor, vendor dan lain-lain dalam proses perlaksanaan projek.
Masa yang sesuai.
Seorang pereka bentuk dalaman yang bertauliah dan berpengalaman akan dapat membantu anda untuk membuat pertimbangan dalam perancangan ruang demi kepuasan dan keselesaan anda. Gabungan idea diantara pereka dan pelanggan akan memudahkan proses transformasi ruang terhasil dengan sempurna.
Menepati Gaya Pilihan.
Setiap pereka bentuk dalaman yang baik adalah pereka yang mampu membawa kelainan pada setiap gaya penataannya. Walaubagaimanapun mereka masih mampu mengekalkan estatik asas yang konsisten "Designer signiture". Sebagai contoh, jika anda mahukan pilihan warna pastel dan natural, jangan memilih seorang pereka yang terkenal bermain pallete warna terang dan kontras.
Penglibatan sejak awal.
Melibatkan seorang pereka bentuk dalaman dan kontraktor dari peringkat awal permulaan projek dapat menggelakan pembaziran masa dan wang,jika tidak anda mungkin terpaksa melakukan perubahan semula rekaan yang telah siap disebabkan penataan ruang tidak sesuai dengan konsep pilihan.
Anggaran kos.
Pereka bentuk dalaman biasanya mempunyai pelbagai strukutur yuran. Mereka mungkin menggenakan bayaran mengikut jam, yuran kadar rata ataupun peratusan daripada kos projek.
Prosedur bil.
Terdapat beberapa caj sampingan yang mungkin akan dikenakan kepada pelanggan. Selain dari khidmat rekabentuk, anda mungkin akan dikenakan caj masa perjalanan, lawatan tapak, membeli belah, perbualan telefon atau caj-caj lain. Perbincangan dari peringkat awal akan dapat membantu anda mendapatkan kadar diskaun atau menganggarkan kos yang perlu dibayar.