Bagaimana mencipta "focal point"? Untuk mencipta "focal point" haruslah berdasarkan beberapa paduan seperti keluasan ruang, lokasi ruang, ketinggian lantai kesiling, serta konsep keseluruhan ruang.
Di mana untuk memulakan?
1.
Mengenalpasti ruang serta dinding yang anda akan jadikan "focal point".
Saya memilih ruang makan sebagai contoh untuk tajuk saya.
2.
Apakah konsep yang boleh digunakan untuk menata rias "focal point" ?
Memilih konsep yang bersepadan dengan keseluruhan ruang kediaman. Jika anda belum mempunyai sebarang konsep tertentu tidak mengapa, mungkin anda boleh jadikan projek ini sebagai permulaan untuk mendekorasi ruang yang lain. Ada beberapa jenis konsep atau tema yang selalu menjadi pilihan seperti "modern, contemporary",urban, rustic, country ataupun tradisional". Anda boleh jadikan majalah dekorasi sebagai bahan rujukan.
3.
Mulakan dengan objek yang besar iaitu dinding. Penggunaan warna cat juga merupakan salah satu ciri bahan yang digunakan dalam membentuk "focal point", seperti menggunakan warna-warna terang seperti "orange, turquoise, blue black, maroon" dan sebagainya. Cat pada bahagian dinding yang perlu sahaja. Anda harus bijak untuk padankan dengan warna yang sedia ada, sebagai contoh paduan warna terang seperti "orange" dengan warna yang agak lembut seperti "cream, off white" ataupun "linen".
4.
Perabut seperti "server cabinet,console table, display cabinet ataupun round table" boleh digunakan cuma anda perlu sedikit kreatif dengan menambah dekorasi yang bersesuaian untuk memberi impak yang lebih menarik.
5.
"Lets do some changes, be creative" kita menggunakan "art piece" sebagai "focal point". Berpandukan tema "modern" kita boleh memilih menggunakan warna yang terang samada untuk dinding ataupun pada "art piece" sebagai objek utama. Sebaliknya anda tidak perlu cat dinding jika "art piece" sudah cukup menarik perhatian sebagai "focal point".
6.
Menggunakan cermin yang bersaiz besar, mempunyai 2 fungsi yang berbeza iaitu sebagai "focal point" dan juga memberi impak keluasan bilik yang lebih besar - "make the space look bigger". Terdapat pelbagai jenis rekabentuk cermin yang bersesuaian dengan konsep ruang.
7.
Architecture sedia ada juga boleh menjadi sebahagian subjek "focal point", seperti struktur binaan - tiang atau dinding yang mempunyai bahan kemasan menarik seperti "deco stone, lamination, veneer dan lain-lain lagi".
No comments:
Post a Comment