Tuesday, 29 April 2014

Bagaimana mencipta "focal point"?

"Focal point" ialah titik tumpuan pada suatu ruang. Ia boleh dicipta dimana-mana ruang sahaja, ruang tamu, ruang makan, dapur, bilik tidur dan sebagainya. Mencipta "focal point" ini dapat menjadikan setiap ruang mempunyai - "character" yang tersendiri. Terdapat banyak pilihan untuk menjadikan dinding atau sudut tertentu sebagai "focal point", Contohnya dinding kosong yang mudah dihias ataupun dinding yang menjadi tingkap dan dihiaskan dengan "curtain" yang menarik. Terdapat juga cara yang lebih kreatif iaitu menggunakan lantai atau siling sebagai "focal point".
Bagaimana mencipta "focal point"? Untuk mencipta "focal point" haruslah berdasarkan beberapa paduan seperti keluasan ruang, lokasi ruang, ketinggian lantai kesiling, serta konsep keseluruhan ruang.

Di mana untuk memulakan?

1.
Mengenalpasti ruang serta dinding yang anda akan jadikan "focal point".
Saya memilih ruang makan sebagai contoh untuk tajuk saya.







2.
Apakah konsep yang boleh digunakan untuk menata rias "focal point" ?
Memilih konsep yang bersepadan dengan keseluruhan  ruang kediaman. Jika anda belum mempunyai sebarang konsep tertentu tidak mengapa, mungkin anda boleh jadikan projek ini sebagai permulaan untuk mendekorasi ruang yang lain. Ada beberapa jenis konsep atau tema yang selalu menjadi pilihan seperti "modern, contemporary",urban, rustic, country ataupun tradisional". Anda boleh jadikan majalah dekorasi sebagai bahan rujukan.


3.
Mulakan dengan objek yang besar iaitu dinding. Penggunaan warna cat juga merupakan salah satu ciri bahan yang digunakan dalam membentuk "focal point", seperti menggunakan warna-warna terang seperti "orange, turquoise, blue black, maroon" dan sebagainya. Cat pada bahagian dinding yang perlu sahaja. Anda harus bijak untuk padankan dengan warna yang sedia ada, sebagai contoh paduan warna terang seperti "orange" dengan warna yang agak lembut seperti "cream, off white" ataupun "linen".


4.
Perabut seperti "server cabinet,console table, display cabinet ataupun round table" boleh digunakan cuma anda perlu sedikit kreatif dengan menambah dekorasi yang bersesuaian untuk memberi impak yang lebih menarik.


5.
"Lets do some changes, be creative" kita menggunakan "art piece" sebagai "focal point". Berpandukan tema "modern" kita boleh memilih menggunakan warna yang terang samada untuk dinding ataupun pada "art piece" sebagai objek utama. Sebaliknya anda tidak perlu cat dinding jika "art piece" sudah cukup menarik perhatian sebagai "focal point".  


6.
Menggunakan cermin yang bersaiz besar, mempunyai 2 fungsi yang berbeza iaitu sebagai "focal point" dan juga memberi impak keluasan bilik yang lebih besar - "make the space look bigger". Terdapat pelbagai jenis rekabentuk cermin yang bersesuaian dengan konsep ruang.


7.
Architecture sedia ada juga boleh menjadi sebahagian subjek "focal point", seperti struktur binaan - tiang atau dinding yang mempunyai bahan kemasan menarik seperti "deco stone, lamination, veneer dan lain-lain lagi".







Wednesday, 26 March 2014

Dekorasi "console table"

"Versatile" ungkapan paling sesuai untuk mengambarkan keunikan meja"console", dibandingkan dengan perabot-perabot lain. Fungsi meja"console" dengan ketinggian yang sempurna ia amat sesuai diletakkan di belakang sofa, dihiaskan dengan lampu meja-"table lamp", dekorasi bunga segar dan bingkai bergambar. Ataupun meletakkan nya seiringan di ruang makan, berhampiran meja makan ia boleh berfungsi sebagai "server" atau tempat meletakkan "extra dish" yang digunakkan sewaktu menjamu selera. Kegunaan di ruang santai keluarga - "family room" misalnya, anda bole meletakkan TV atau peralatan audio visual, CD atau majalah. Ia bukan sahaja menjadikan ruang ini bergaya bahkan ia dapat membantu anda untuk mendapatkan ruang yang lebih kemas.

"With a narrow surface, it's too small to be serious work surface but big enough to be afantastic spot to decorate".

Dengan keluasan permukaan yang kecil, ia merupakan perabot yang sempurna untuk membuat sentuhan  dekorasi bersifat "personal". Anda boleh mencuba pelbagai tema dekorasi, bersesuaian dengan konsep keseluruhan ruang anda. Disini saya ingin berkongsi beberapa cara menata rias serta tema untuk mengolah meja"console" anda.

1.
"Simple design". Menggunakan warna yang "vibrant" seperti "shade" lampu meja dan meja"console" pula di saluti "pink flower patterns" menghasilkan mode ceria dan menawan.

2.

Rekabentuk meja"console" ancient ini mempunyai laci, dan berfungsi seperti tempat peyimpanan, Dekorasinya juga bersifat natural seperti penggunaan pokok hijau bersama pasu putih, Dua balang bertutup dikiri dan kanan meja mempunyai jalur hitam putih yang menjadikan lebih menonjol.

3.

Kekuatan element dekorasi, warna, susunatur dua lampu meja secara symmetrical berjaya menonjolkan konsep untuk keseluruhan meja"console". Dinding bercorak dibelakang meja"console" menjadikan latarbelakang yang begitu sempurna. 

4.
"Short & tall cluster". Menggunakkan bahagian bawah meja"console" untuk menyimpan buku dan majalah. Lukisan berbingkai putih dan mangkuk kecil memecah tradisi dekorasi agar tampak lebih elegan.

5.

Konsep vintage yang menawan hati, Di latari oleh warna kuning "mustard" pada dinding. Lantai dan "skirting" kayu berwarna putih. Meja"console" berwarna putih "linen" dengan hiasan dekorasi bersifat personal.

6.

Meja"console" dengan rekabentuk Scandinavian with a simple design, dekorasi yang bersahaja - "spontaneous". Bunga segar didalam balang kaca, saya jangka beg diatas meja itu sekadar diletakkan untuk sementara waktu, Meja"console" ini mungkin merupakan tempat membuat sebarang kerja kecil dan ianya lebih berbentuk santai.

7.

Meja"console" yang berkemasan warna emas dengan permukaan marble, seiringan dengan hasil dekorasi balang kaca, bunga segar, buku, beg tangan serta photo berjaya mencipta dekorasi bercirikan kemewahan.

8.

Efek kemasan cat putih seakan-akan perabot lama pada meja"console" kayu ini ditambah dengan dekorasi beg lama, boots putih, "round box" dan bakul rotan mewujudkan mode rustic-vintage

9.

Idea yang berjaya dengan mencipta ruang -"entry closet" sebagai tempat meletakkan meja"console". Ini adalah daya kretiviti dengan memikirkan cara untuk menggunakan ruang yang sediaada untuk mewujudkan penghasilan yang lebih sempurna.

10.

"Subtlety- A small detail that is usually importance but not obvious"





Friday, 21 March 2014

Console Table

"A table supported by ornamented brackets, either movable or fixed against the wall."




"Console table" ataupun meja "Console", diletakkan pada dinding ataupun dilekatkan terus pada dinding. Meja "console" ini didatangkan dengan saiz, bentuk dan stail. Juga terdapat pelbagai cara menata rias meja "console" ini. Fungsi utama meja "console" ini selain dari sebahagian perabot hiasan, ia juga sebagai tempat penyimpanan - "store" Bahagian atas meja"console" ini boleh dihiaskan dengan bingkai bergambar - "Picture frame", hiasan bunga segar - "Vase with flower" dan lampu meja - "Table lamp" dan sebagainya.


French Louis XVI Style Demiluna Console Table



Regency Style Hanging Marble Table



1920s Spanish Revival Console Table


Stockholm Console Table Oak


Lokasi yang sesuai untuk meja"console" ini merujuk kepada fungsi perabot ini dengan ruang, Berdasarkan saiz nya yang agak kecil, ia amat sesuai jika ditempatkan di pintu masuk utama.
Bukan sekadar penambah seri ruang tersebut ia juga berfungsi sebagai tempat "sementara" untuk meletakkan kunci,beg tangan dan sebagainya sebelum anda melangkah keluar atau sebaik anda memasuki rumah.
" Many people also place a mirror above the console table so that individual can check their appearance as they arrive and leave".



Sesetengah meja ini mempunyai dua kaki dan ianya dilekatkan - "fixed" terus kedinding yang bertindak sebagai sokongan. Terdapat pelbagai saiz samada panjang atau pendek tetapi lazimnya ia mempunyai kelebaran yang terhad. Selain dari menempatkannya berhampiran pintu masuk atau foyer area, terdapat beberapa cara hias lain seperti mengabungkan nya dengan kerusi - "armchair", sebagai "background" untuk sofa dimana anda boleh menghiaskan dengan lampu meja, bingkai bergambar ataupun dekorasi bunga segar. Cara ini juga fungsi meja "console juga adalah sebagai pembahagi ruang. Penggunaan meja "console" "console" adalah versetail, ianya terpulang pada pemilihan ruang dan juga fungsi. 



Tip untuk memilih meja "console"
Terdapat kreteria yang perlu diambilkira sebelum anda membeli meja "console".

1. Knows what you want to store in and on your console table.
Memilih meja "console" yang bersesuaian dengan ruang. Contohnya jika meletakkan meja "console"berhampiran dengan ruang tamu -"Living area", anda boleh menghiasi meja "console" dengan bingkai bergambar - "Picture frame", dekorasi bunga segar dan lampu meja. Elakan meletak dekorasi yang sarat. Anda juga boleh menggantung cermin muka yang bersaiz besar ataupun lukisan abstrak, diatas meja"console".



2. Knows your home style before purchasing console table.
Pastikan anda memilih meja "console" yang bersesuaian dengan tema/konsep dekorasi ruang kediaman anda. Rekabentuk meja"console harus mempunyai ciri-ciri yang hampir salma dengan keseluruhan rekabentuk perabot yang seiaada. " A thick and sturdy console table will look sadly out of place in a modern styled living room". Cuba sesuatu yang lebih "modern", "sleek" dan "contemporary" untuk ruang yang berkonsepkan "modern". 



3. Match your living room to your console table.
Adalah penting untuk anda pastikan meja"console" sesuai dengan keseluruhan ruang tamu anda, samada ia menjadi sebagai "focus" utama dalam ruang tersebut. Ingat, jika meja"console" berwarna cerah, ia gagal dipadankan dengan perabut yang berwarna gelap. Anda perlu menggunakkan kretiviti dan keberanian anda untuk memilih rekabentuk meja"console". Terdapat pelbagai variasi rekabentuk dan warna serta kemasan yang menarik, Ciptakan satu "statement" diruang tamu anda dengan menggunakan warna yang lebih "outstanding" dan "vibrant", ini akan menjadikan ruang anda lebih menyerlah.





Wednesday, 19 March 2014

My Proposal Interior Design for Living Area.


Konsep "Contemporary" yang menjadi gaya penataan bagi ruang tamu yang agak terhad keluasannya. Pemilihan warna asas putih pada dinding serta dikombinasikan dengan warna-warna "Earth tone" seperti "Natural Brown,Golden Brown, Caramel, Linen" dan juga "Khakis" mengundang kelainan pada dekorasi seluruh ruang ini.

Nook

Definition - Nook
A small corner, alcove or recess, especially one in a large room.
Hidden or secluded spot.



Breakfast Nook merupakan ruang kecil, di lingkungi oleh dinding yng tertutup ataupun terbuka dan berdekatan dengan dapur. Biasanya Ruang ini adalah berfungsi sebagai "casual dining" secara keseluruhan definasi yang sesuai adalah ruang kecil yang mengandungi meja dan kerusi serta berfungsi untuk tujuan sarapan pagi, makan tengahari, makan malam mahupun minum teh. Aktiviti berlaku secara santai. Ruang ini dapat menampung 4 hingga 6 orang pada satu masa. Ruang Nook ini menjadi pilihan kedua penting kerana kebanyakkan pemilik kediaman telahpun mempunyai ruang makan formal.



Kebanyakkan ruang nook ini berdekatan dengan tingkap yang mempunyai pemandangan yang menarik seperti taman, small edible garden, stream dan sebagainya. Konsep tatarias selalunya berdasarkan family orientation, dimana ia lebih mesra untuk semua ahli keluarga bersantai. 
Anda boleh memikirkan bagaimana untuk mencipta ruang ini dirumah berdasarkan keperluan anda. Mungkin anda boleh dimanakah ruang anda mempunyai ciri yang diperlukan seperti tingkap dan yang paling penting adalah saiz ruang yang boleh dimuatkan kerusi dan meja.
Untuk nampak "less formal" anda boleh menggunakan perabut atau kemasan yang lebih santai, seperti bench dan kemasan formica. Sekali lagi sebelum anda memulakan project ini, anda perlu membuat sedikit homeworks iaitufungsi ruang. misalnya jika ruang ini lebih kepada aktiviti untuk kanak-kanak, jadi anda perlu lebih berhati-hati memilih bahan binaan - lebih tahan lasak dan senang dicuci. Jika ruang ini untuk pasangan yang berkahwin, mungkin anda perlu menata rias ruang lebih romanti dan elegan.




Monday, 17 March 2014

RETROLISTIC

Mengabdikan Kegemilangan era 50an hingga seawal 60an penuh spektrum rekabentuk, warna dan printed yang berani lagi elegan, membentuk kediaman Urban. Walaupun telah melalui perubahan masa tetapi rekabentuk dan prinsip, menjadikan koleksi Futuristik era ini tidak ditelan zaman.


Nate Berkus

What's your house on fire object? Everything is....I really hope I never have to choose.

Mula terkenal ketika tampil sebagai personaliti jemputan dalam rancangan bual bicara The Oprah Winfrey Show, Nama sebenar Nathan Jay Berkus, dilahirkan pada 17 September 1971 merupakan seorang Interior Designer, hos dan personaliti TV. Memiliki firma Interior Design, Nate Berkus Associates di Chicago. Nate Berkus selalu terbabit dalam program TV yang berkaitan dengan khidmat nasihat dan perunding rekabentuk dalaman. Dia juga telah menerbitkan beberapa buah buku seperti Home Rules: Transform the place you live into place you'll love (2005) yang mengandungi tip-tip menata rias ruang kediaman. Selain itu Nate Berkus juga menghasilkan pelbagai produk deco yang di pasarkan di Linen's n Things.



The Things That Matter
"I believe your home should tell the story of who you are, what you love most collected and essembled in one space. All your objects, finds, hand me downs.... Spelling out who you are to the world. Fact is, there isn't a single item in my own home that doesn't have  a story behind it. 
This book celebrate the philosophy that things do matter.They have to. They are what we live with and greet us  each morning on our bedside table. They represent where we've been, Who we've love, and where we hope to go. They make us happy and I can't think of a morwe beautiful way to live than that....Nate


Olahan idea Nate Berkus
Mengapa memilih menjadi pereka hiasan dalaman?
Sejujurnya saya berasakan profesion ini memilih saya. dari kecil sudah terbit minat pada rekaan dan hiasan kediaman.

Inspirasi utama dalam menata rias kediaman?
"I think you owe  it to everyone you work with and every project you take on!" Saya bertuah setiap hari dalam kalendar hidup saya berbeza. Tiga hari seminggu saya menghabiskan masa diStudio bersama audien, dipenuhi gelak tawa dan sesi pembelajaran. dihari hari lain saya memerah otak menghasilkan rekaan diStudio rekaan. 

Apakah perkara utama yang sepatutnya menjadi tumpuan kala menghias kediaman?
Diri mereka sendiri. Samada menyewa mahupun milik sendiri, dinding dinding ini sebagai platform anda mengeksperasi kisah, pandangan juga idea anda.

Langkah pertama menghias kediaman?
Ambil kira keluasan ruang yang ingin anda hiasi. Teliti dahulu kegunaan ruang dan pilih feel yang ingin anda tampilkan disitu.


Pilihan perabut yang bersesuaian 

"Essential pieces" dalam dekorasi kediaman?
Ketika berpindah kekediaman pertama, berbulan tanpa sofa. Kala itu sukar mencari sesuatu yang memikat hati juga tiada sesuai dengan keluasan ruang saya. Saya mahu memiliki untuk jangka masa panjang. Well, sudah hampir sedekad sofa itu tetap setia bersama saya. Ia telah diubahsuai setelah anjing peliharaan saya, Henry mengigitnya, namun cinta saya terhadap sofa itu tidak berganjak. saya memilih sofa itu kerana konsepnya yang klasik dan bersesuaian. Sebagai panduan anda, ketahui bajet dan beli hanya yang terbaik dan mengikut kemampuan. 


Nate Berkus Show di Astro 
Bolehkah anda terangkan secara lebih lanjut mengenai rancangan The Nate Berkus Show?
Rancangan ini bertujuan membantu anda mengangkat gaya hidup menjadi lebih cantik, namun mampu milik dan mudah diaplikasikan. Sejam yang dipenuhi praktikal dan infomasi mengenai rekaan, dekorasi, fesyen, masakan, gardening, kesihatan dan kecantikan dan pelbagai.

Tercetusnya idea mencipta rancangan ini?
Saya sendiri berkeinginan mencipta satu rancangan yang menjadi wadah buat wanita mengungkap kehidupan mereka dan pada masa yang sama memberi mereka sesuatu yang bermakna setiap hari. Bagi sejam yang diluangkan penuh bermakna - setiap minit yang diluangkan oleh penonton, dia bakal menerima something in return that will make a difference in their life. Kita bersama-sama gelak tawa, mencipta, merubah dan mengangkat sesuatu ketahap yang lebih tinggi juga menikmati kegembiraan bersama.

Inspirasi menggabungkan elemen-elemen kebudyaan.


Bagaimana menggabungkan unsur budaya dalam menghias kediaman?
Kediaman saya sendiri penuh sesak dengan aneka koleksi seluruh pelusuk dunia. Tidak semestinya anda dituntut untuk berpergian. Anda bole mencipta melalui perincian dari benua yang menjadi inspirasi anda menghias kediaman. Juga aturkan buku-buku,barangan seni, manik-manik kaca, mineral, peta atau apa sahaja elemen yang menyuntik ilham kepada destinasi yang anda kunjungi itu ataupun lokasi idaman kalbu anda.

Kesalahan paling kerap apabila merubah wajah kediaman?
People attach a deadline to their design. Mereka berpindah masuk dan mahukan segala-galanya sempurna dalam masa yang singkat. Jangan beri tekanan pada diri anda serta berikan  sedikit masa untuk berkarya. Rumah haruslah disempurnakan mengikut masa dan tidak terburu-buru.


Sentuhan peribadi menghadirkan suasana Warm & Welcoming

Pilihan peribadi anda dalam dekorasi?
Pada pendapat saya, rumah seharusnya menyambut anda pada setiap kehadiran. Ia perlulah warm and welcoming juga menjadi gambaran terbaik untuk diri anda. Kediaman saya adalah perlambangan diri saya dan apa yang saya cintai.

Produk dekorasi Nate Berkus

























Saturday, 15 March 2014

Inspirasi Gaya Elegan.

Dalam mencipta dan menatarias ruang kediaman, memerlukan perkongsian idea kreatif. Arena fesyen antara pencetus rekaan perabut mewah dan mempesonakan.Kerusi yang berbalut fabrik indah menambah seri ruang. Aliran idea yang tersendiri dalam mencipta kediaman dengan sentuhan peribadi.

TIP MEMILIH PERABOT
Gabungan konsep modern dan klasik mewujudkan suasana elegan dan santai.

1.  Tentukan keluasan ruang sebelum memilh perabot. Pastikan saiz yang dipilh mampu memaksimumkan ruang dan jika anda ingin bermain dalam ruang yang terhad ciptakan ilusi melalui mainan perhiasan yang membias cahaya.
Menggunakan kemasan cat berwarna terang juga dapat membantu menghidupakan suasana ruang.

2.   Pilih skema warna yang ingin anda aplikasikan dalam ruang tersebut. Jika anda bijak bermain dengan warna, pilih warna terang pada dinding. Namun jika tidak mahu terlalu bereksperimen, mainan kontras boleh dibina melalui pemilihan perabot.
Ruang yang kreatif dan menarik bila digabungkan ruang moden dan perabot klasik.

3.   Konsep dapat membantu anda dalam pemilihan perabot yang serasi namun jangan menghadka pilihan dalam lingkungan tersebut. Pertembungan konsep juga mampu menghasilkan"feel" yang berbeza.
Perabot retro

4.   Perbincangan dengan Interior Designer dalam pemilihan perabot dapat membantu dari membuat keputusan terburu-buru. Ambil gambar ruang, anda juga boleh mendapatkan nasihat dari jurujual yang berpengalaman. Pandangan kedua selalunya membantu anda membuat keputusan yang lebih tepat.
Aksesori yang dapat membantu menghidupan ruang

5.   Bagi mencapai yang diinginkan, peranan aksesori seperti pasu, chanderlier dan candlelabrajuga memainkan peranan yang penting. Pilih perabot utama dan selarikan dengan aksesori untuk menemaninya.

Friday, 7 March 2014

Hotel Chapman yang menawan oleh Rachel Rider


Interior Designer dari Boston US, Rachel Rider berjaya menghasilkan rekabentuk dalaman untuk boutique hotel, Chapman Hotel. Bangunan yang dibina pada tahun 1717 ini telah menjalani renovasi - facelift yang dengan perancangan teliti oleh Rachel sendiri. Rekabentuk dalaman ini telah diangkat sebagai berjaya sehingga Yankee Magazine, Editor's Choice Award 2013 sebagai Best Boutique Lodging. Berkonsepkan Casual and Understated Style, dimana setiap koleksi dekorasi pilihan adalah lebih berkarektor mengikut tema bersesuaian dengan trend serta aktiviti. Rachel rider begitu bijak memilih fabrik yang bertekstur dengan gabungan warna yang terang dan juga print patern. Pemilihan perabut berkonsep timeless di adunkan dengan rangkaian pelengkap lantai dan kemasan kertas dinding yang menawan.