Monday, 17 March 2014

Nate Berkus

What's your house on fire object? Everything is....I really hope I never have to choose.

Mula terkenal ketika tampil sebagai personaliti jemputan dalam rancangan bual bicara The Oprah Winfrey Show, Nama sebenar Nathan Jay Berkus, dilahirkan pada 17 September 1971 merupakan seorang Interior Designer, hos dan personaliti TV. Memiliki firma Interior Design, Nate Berkus Associates di Chicago. Nate Berkus selalu terbabit dalam program TV yang berkaitan dengan khidmat nasihat dan perunding rekabentuk dalaman. Dia juga telah menerbitkan beberapa buah buku seperti Home Rules: Transform the place you live into place you'll love (2005) yang mengandungi tip-tip menata rias ruang kediaman. Selain itu Nate Berkus juga menghasilkan pelbagai produk deco yang di pasarkan di Linen's n Things.



The Things That Matter
"I believe your home should tell the story of who you are, what you love most collected and essembled in one space. All your objects, finds, hand me downs.... Spelling out who you are to the world. Fact is, there isn't a single item in my own home that doesn't have  a story behind it. 
This book celebrate the philosophy that things do matter.They have to. They are what we live with and greet us  each morning on our bedside table. They represent where we've been, Who we've love, and where we hope to go. They make us happy and I can't think of a morwe beautiful way to live than that....Nate


Olahan idea Nate Berkus
Mengapa memilih menjadi pereka hiasan dalaman?
Sejujurnya saya berasakan profesion ini memilih saya. dari kecil sudah terbit minat pada rekaan dan hiasan kediaman.

Inspirasi utama dalam menata rias kediaman?
"I think you owe  it to everyone you work with and every project you take on!" Saya bertuah setiap hari dalam kalendar hidup saya berbeza. Tiga hari seminggu saya menghabiskan masa diStudio bersama audien, dipenuhi gelak tawa dan sesi pembelajaran. dihari hari lain saya memerah otak menghasilkan rekaan diStudio rekaan. 

Apakah perkara utama yang sepatutnya menjadi tumpuan kala menghias kediaman?
Diri mereka sendiri. Samada menyewa mahupun milik sendiri, dinding dinding ini sebagai platform anda mengeksperasi kisah, pandangan juga idea anda.

Langkah pertama menghias kediaman?
Ambil kira keluasan ruang yang ingin anda hiasi. Teliti dahulu kegunaan ruang dan pilih feel yang ingin anda tampilkan disitu.


Pilihan perabut yang bersesuaian 

"Essential pieces" dalam dekorasi kediaman?
Ketika berpindah kekediaman pertama, berbulan tanpa sofa. Kala itu sukar mencari sesuatu yang memikat hati juga tiada sesuai dengan keluasan ruang saya. Saya mahu memiliki untuk jangka masa panjang. Well, sudah hampir sedekad sofa itu tetap setia bersama saya. Ia telah diubahsuai setelah anjing peliharaan saya, Henry mengigitnya, namun cinta saya terhadap sofa itu tidak berganjak. saya memilih sofa itu kerana konsepnya yang klasik dan bersesuaian. Sebagai panduan anda, ketahui bajet dan beli hanya yang terbaik dan mengikut kemampuan. 


Nate Berkus Show di Astro 
Bolehkah anda terangkan secara lebih lanjut mengenai rancangan The Nate Berkus Show?
Rancangan ini bertujuan membantu anda mengangkat gaya hidup menjadi lebih cantik, namun mampu milik dan mudah diaplikasikan. Sejam yang dipenuhi praktikal dan infomasi mengenai rekaan, dekorasi, fesyen, masakan, gardening, kesihatan dan kecantikan dan pelbagai.

Tercetusnya idea mencipta rancangan ini?
Saya sendiri berkeinginan mencipta satu rancangan yang menjadi wadah buat wanita mengungkap kehidupan mereka dan pada masa yang sama memberi mereka sesuatu yang bermakna setiap hari. Bagi sejam yang diluangkan penuh bermakna - setiap minit yang diluangkan oleh penonton, dia bakal menerima something in return that will make a difference in their life. Kita bersama-sama gelak tawa, mencipta, merubah dan mengangkat sesuatu ketahap yang lebih tinggi juga menikmati kegembiraan bersama.

Inspirasi menggabungkan elemen-elemen kebudyaan.


Bagaimana menggabungkan unsur budaya dalam menghias kediaman?
Kediaman saya sendiri penuh sesak dengan aneka koleksi seluruh pelusuk dunia. Tidak semestinya anda dituntut untuk berpergian. Anda bole mencipta melalui perincian dari benua yang menjadi inspirasi anda menghias kediaman. Juga aturkan buku-buku,barangan seni, manik-manik kaca, mineral, peta atau apa sahaja elemen yang menyuntik ilham kepada destinasi yang anda kunjungi itu ataupun lokasi idaman kalbu anda.

Kesalahan paling kerap apabila merubah wajah kediaman?
People attach a deadline to their design. Mereka berpindah masuk dan mahukan segala-galanya sempurna dalam masa yang singkat. Jangan beri tekanan pada diri anda serta berikan  sedikit masa untuk berkarya. Rumah haruslah disempurnakan mengikut masa dan tidak terburu-buru.


Sentuhan peribadi menghadirkan suasana Warm & Welcoming

Pilihan peribadi anda dalam dekorasi?
Pada pendapat saya, rumah seharusnya menyambut anda pada setiap kehadiran. Ia perlulah warm and welcoming juga menjadi gambaran terbaik untuk diri anda. Kediaman saya adalah perlambangan diri saya dan apa yang saya cintai.

Produk dekorasi Nate Berkus

























No comments:

Post a Comment