Tuesday, 4 March 2014
Tekstur & Warna
Designer's Guild
Pencinta warna akan sentiasa jatuh cinta dengan keindahan fabrik ilham Tricia Guild. Terang, gemilang dan bertenaga. Inspirasinya amat mengagumkan. Keindahan rose pada fabrik sutera damask, kilauan sutera baldu koleksi rondine atau terpegun dengan warna klasik hitam putih himpunan ariana.
Nina Campbell
Kata Nina Campbell, "The Opulent look is really about fabrics & textures, rather than a recreation of period room". Kerana itu Nina Campbell menumpahkan seluruh jiwa mengilhamkan fabrik terbaik. Nikmati keindahan tekstur dan warna pada himpunan baru Nina Campbell.
Elyza
Elyza, jenama kebangsaan Malaysia telah jauh melebarkan sayap perniagaannya. Bermula dengan corak desa Inggeris yang mudah disuai padan hingga kini mempunyai pelbagai himpunan yang menawan.
Burlesque
Kemewahan warna, corak dan tekstur bersatu dalam himpunan koleksi ini,dengan hasil tenunan mewah daripada benang sutera yang berkilau.Himpunan Linen juga cukup bergaya.
Sanderson
Diasaskan oleh Arthur Sanderson, di London fabrik jenama ini tidak perlu lagi diragui mutu dan keindahannya.
Pasaya
Butik fabrik yang berlokasi di The Gardens. Fabrik yang diperbuat daripada jalinan benag sutera Thai, sehinggalah tekstur mewah fabrik dari Jerman dan Itali. Pilihannya yang menambat hati.
Labels:
Colors,
Designer,
Fabrics,
Interior Design,
Via GD mag
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment