TIP MEMILIH PERABOT
Gabungan konsep modern dan klasik mewujudkan suasana elegan dan santai. |
1. Tentukan keluasan ruang sebelum memilh perabot. Pastikan saiz yang dipilh mampu memaksimumkan ruang dan jika anda ingin bermain dalam ruang yang terhad ciptakan ilusi melalui mainan perhiasan yang membias cahaya.
Menggunakan kemasan cat berwarna terang juga dapat membantu menghidupakan suasana ruang. |
2. Pilih skema warna yang ingin anda aplikasikan dalam ruang tersebut. Jika anda bijak bermain dengan warna, pilih warna terang pada dinding. Namun jika tidak mahu terlalu bereksperimen, mainan kontras boleh dibina melalui pemilihan perabot.
Ruang yang kreatif dan menarik bila digabungkan ruang moden dan perabot klasik. |
3. Konsep dapat membantu anda dalam pemilihan perabot yang serasi namun jangan menghadka pilihan dalam lingkungan tersebut. Pertembungan konsep juga mampu menghasilkan"feel" yang berbeza.
Perabot retro |
4. Perbincangan dengan Interior Designer dalam pemilihan perabot dapat membantu dari membuat keputusan terburu-buru. Ambil gambar ruang, anda juga boleh mendapatkan nasihat dari jurujual yang berpengalaman. Pandangan kedua selalunya membantu anda membuat keputusan yang lebih tepat.
Aksesori yang dapat membantu menghidupan ruang |
5. Bagi mencapai yang diinginkan, peranan aksesori seperti pasu, chanderlier dan candlelabrajuga memainkan peranan yang penting. Pilih perabot utama dan selarikan dengan aksesori untuk menemaninya.
No comments:
Post a Comment