|
Ruang Santai ataupun family Area berkonsepkan moden mempunyai kelebihan ruang simpanan - storage. |
Dua faktor penting didalam proses merekabentu ruang adalah fungsi dan ruang. Ini merupakan asas utama bagi menghasilkan rekabentuk ruang yang berjaya. Memahami asa ini juga dapat membantu mengenalpasti setiap pilihan tema ataupun dekorasi.Bagaimana untuk memulakan proses fungsi dan ruang ini? "It's is people who determaine function", dengan mengambilkira jumlah individu yang tinggal atau berada didalam ruang tersebut dan apakah aktiviti serta keperluan mereka. Ini merupkan satu "homework" yang perlu dilakukan sebelum kerja merekabentuk atau dekorasi dilakukan."There is no point in designing and decorating what you consider to be perfect, if it becomes a source of individual discord." Kita mulakan langkah pertama dengan menemurah - interview setiap individu yang terlibat didalam ruang tersebut. Senaraikan - "wishlist" atau keperluan mereka, pada peringkat ini pemilihan warna, jenis fabrik dan pelan susunatur ruang bukan menjadi agenda utama. Apakah rutin harian setiap individu? Jenis pekerjaan? Hobi?, Warna kesukaan?, Jenis hiburan?, dan lain infomasi yang lebih terperinci. "Ask each individual what they most want from the house/space?" Mereka mungkin tidak dapat menyenaraikan segala informasi atau keperluan tetapi sedikit informasi ini sudah cukup untuk memulakan proses rekabentuk.
|
Ruang Dalaman sebuah apartment |
Daripada senarai ini dapat ditentukan jumlah aktiviti dalam satu ruang, siapa dan masa. Fungsi ruang dapat menentukan bagaimana ia perlu direkabentuk atau didekorasikan. Ini juga berhubung rapat dengan penataan pencahayaan. Mood pencahayaan amat penting didalam sebuah ruang. Setiap designer harus pandai memainkan mode pencahayaan yang bersesuaian. Setiap ruang yang mempunyai fungsi yang berlainan memerlukan kecertahan bebeza, samada terang - bright ataupun suram - gentle.
|
Dua jenis pengcahayaan pada dua tempat yang mempunyai fungsi berbeza, ruang santai dan ruang bekerja. |
Fungsi ruang juga mengenalpasti berapa banyak kah ruang simpanan diperlukan dan dimanakah lokasinya. sebagai contoh barang permainan kanak-kanak yang pelbagai saiz dan warna,mungkin perlu lebih memikirkan dimana dan bagaimana ia harus disimpan. Begitu juga diruang yang lebih kecil dan terhad seperti bilik mandi - bathroom penyediaan tempat menyimpan barang yang berskala besar seperti alat penimbang hingga kepada "cotton bud, house spa product" dan lain-lain.
Samada tempat menyimpan barang ini - storage dibina secara "built in" ataupun "loose furniture", ia akan menjadi sebahagian dari skima rekabentuk.
No comments:
Post a Comment